Pages

Wednesday 22 June 2011

Yang remeh- temeh


Assalamualaikum ,

Dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah pagi ni terdengar pula sebuah lagu lama nyanyian Pak Pandir. Rasanya ramai yang dah pernah dengar lagu ni. Sambil seronok mendengar aku cuba untuk menghayati maksud lagu ni. Memang mendalam maksudnya. Cuba kita renungkan senikata di bawah.

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang

Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu

Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng

Oh puji lah aku
Ampu lah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku

Dalam hidup ni macam- macam perkara yang terjadi disekeliling kita. Dan kadang- kadang cuma remeh- temeh saja tetapi boleh beri kesan kepada diri kita. Sebagai contoh pernah tak kita hilang mood kerja bila pagi- pagi lagi sampai sahaja kat pejabat terdengar ada kawan pejabat yang tengah dok umpat kita.. Sampai satu hari kita takde mood sampai ganggu prestasi kerja kita.

Itu belum lagi bila kita terserempak dengan kawan yang mulut takde insuran yang bila cakap main lepas je tanpa jaga hati dan perasaan orang lain. Pernah satu hari ada kawan yang jenis macam ni bila jumpa kat satu majlis terus je komen baju yang kita pakai macam langsir kat rumah dia. Sabar je lah kan dengan orang yang mulut laser macam ni. Memang buat kita takde mood je.

Jadi, apa yang aku nak kongsikan kat sini sebenarnya ialah kita buat tak tahu je dengan manusia- manusia yang macam ni dan kita anggap je mereka ni remeh- temeh dalam kehidupan kita. Takde masa nak layan orang- orang yang remeh- temeh ni...

Sekian , wassalam...




- Posted using BlogPress from my iPad

4 comments:

  1. Singgah komen kat blog ni. Mana tuan blog menghilang. Lama tak komen di blog greenappleku...hehe..

    ReplyDelete
  2. Thanks greenapple sudi gak singgah blog AP ni.. Seminggu kebelakangan ni sibuk sikit.. Hehe...

    ReplyDelete
  3. Salam...Tak yah difikir sgt apa org kata. Just take it positively dan anggap ianya sebagai gurauan. Abg Long pernah dulu (tahun 2008) masa menganggur dan mintak masuk balik Maybank, bos HR kat situ kata "Padan muka engkau! Sape suruh engkau berhenti dulu!"..dia bergurau tetapi agak kasar dan di khalayak ramai pulak tuh. Bayangkan, masa tu Abg Long memang tengah desperate cari kerja dan harapkan bantuan dia...tapi, kata2 tu yg terpacul..lagi perit rasanya kan?...well, I just smile dan ketawa bersama-sama orang lain...

    http://abanglongonline.blogspot.com/2011/06/isteri-memaksa-jadi-curang.html

    ReplyDelete
  4. Thanks for your support abang long :) cuma selalu heran dgn orang yg mcm ni.. Mereka ni macam takde hati Dan perasaan.. Cakap main lepas je ...

    ReplyDelete