Pages

Saturday 11 June 2011

Lidah oh lidah!

TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR , TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA



Pasti semua orang tahu dengan peribahasa di atas ni. Hebat sebenarnya nenek moyang kita kerana mencipta peribahasa ni untuk menjadi iktibar buat anak-anak cucu generasi mereka di kemudian hari.

Setiap hari pasti kita akan berkata- kata tidak kiralah dengan siapapun. Seorang doktor akan berkata- kata kepada pesakitnya. Seorang anak akan berkata- kata kepada ibunya. Seorang murid pula akan berkata- kata kepada gurunya. Adakalanya kita juga boleh berkata- kata dengan diri sendiri.

Memang mudah melafazkan kata- kata kepada seseorang tapi sedarkah kita, adakalanya kata- kata itu boleh menjadi setajam pisau. Mampu menghiris hati seseorang sehingga akan meninggalkan parut yang sangat dalam. Walau berjuta kemaafan dipinta tetap tidak sama kerana parut tetap akan ada sampai bila-bila.

Sebelum kita berkata- kata marilah kita fikir dulu apa kesan kepada orang yang mendengar. Paling mudah macam inilah, sebelum kita melontarkan kata-kata tanya dalam hati soalan seperti ini "kalau ada orang lain berkata- kata seperti itu kepada aku apa agaknya yang aku rasa ya?"

Kalau kita tidak suka orang menyalahkan kita, kita jangan cepat tuding jari menyalahkan orang lain. Kalau kita tidak suka orang menghina pekerjaan kita, kita janganlah menghina pekerjaan orang lain. Kalau kita tidak suka orang kutuk keluarga kita janganlah kita mengutuk keluarga orang lain.

Fikirlah sebelum berkata- kata. Peliharalah lidah kita dari menyakiti sesiapa pun kerana lidah memang Allah jadikan tidak bertulang.

Sekadar Renungan:

Diriwayatkan dalam Shahîhain, al-Bukhaari (no. 6475) dan Muslim (no. 47), dari Abu Hurairah Radhiyallahu `anhu, dari Nabi Shallallahu `alaihi wa sallam, ia bersabda:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

"Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, hendaklah dia berkata yang baik atau diam".


- Posted using BlogPress from my iPad

3 comments:

  1. yup, kena fikir masak2 sebelum keluarkan kata2...malah, kalo nak publish entri kat blog pun kene teliti entri betul2...

    ReplyDelete
  2. singgah sini & follow :)

    setuju :)

    ReplyDelete