Pages

Sunday 26 June 2011

Ada apa sibuk-sibuk sangat pasal BERSIH 2.0 ni?

Assalamualaikum semua,

Para pembaca blog AP sekelian, apa kabar  semua? Harap kalian  dalam keadaan sihat-walafiat dan sentiasa ceria selalu. Aku juga Alhamdulillah masih diberikan nikmat kesihatan sampai saat ini. Cuma sikit-sikit ada sakit tekak tu biasalah. Banyak sangat makan durian kot...

Pasti korang perasan kan seminggu kebelakangan ni kecoh tentang perhimpunan BERSIH 2.0 yang rencananya nak diadakan pada 9 Julai ni. Terus terang mula-mula aku malas juga nak ambil tahu mendalam sangat pasal BERSIH ni tapi kalau dah setiap hari terpampang di dada akhbar dan warta berita perasaan nak tahu tu mulalah muncul.



Aku buka beberapa website termasuklah website BERSIH ni sendiri untuk dapat tahu lebih lanjut tentang perhimpunan ni dan maklumat yang kuperolehi ialah: 

1. Tuntutan-tuntutan Perhimpunan BERSIH 2.0 sebenarnya untuk mempromosikan demokrasi yang telus dan dinamik. Semua warganegara Malaysia termasuk ahli politik yang  berpendirian bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menikmati demokrasi yang telus dan dinamik sepatutnya menyokong dan bukan mengecam tuntutan-tuntutan tersebut.

2. BERSIH 2.0 merupakan gabungan 63 NGO yang mempunyai kepentingan dalam mempromosikan demokrasi dan pilihanraya yang bebas serta adil di Malaysia. Pada asalnya, keahlian gabungan BERSIH yang menganjurkan perhimpunan pada tahun 2007 terdiri daripada pihak-pihak NGO dan parti-parti politik. Namun kini, BERSIH 2.0 yang dilancarkan pada 10 November 2010 hanya terdiri daripada ahli-ahli dari golongan masyarakat madani. BERSIH 2.0 merupakan satu gerakan rakyat untuk pilihanraya yang bersih dan adil. Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada 14 individu yang mewakili pelbagai badan NGO di Malaysia.

3. Ada 8 tuntutan BERSIH 2.0 ni iaitu:
  •  pihak SPR membersihkan senarai undi, 
  • mereformasi undi pos, 
  • menggunakan dakwat kekal, 
  • akses media yang bebas dan adil,
  •  tempuh kempen minima 21 hari, 
  • memperkukuh institusi awam, 
  • menghentikan rasuah  
  • menghentikan politik kotor.
Serba sedikit aku dah makin faham tentang perhimpunan ini yang sebenarnya menuntut agar Suruhanjaya Pilihanraya dapat memastikan pilihanraya yang akan datang adalah pilihanraya yang adil dan telus. 

Pendapat aku, perhimpunan ini memang  bagus kerana ianya melambangkan rakyat dalam negara kita sudah semakin matang dalam berpolitik. Cuma aku harapkan tidak terjadi sebarang hal yang tak diingini seperti huru-hara dan vandalisme sepanjang perhimpunan ini nanti. 

Apa pendapat korang pulak tentang perhimpunan ni??

Friday 24 June 2011

Trio Datuk T didakwa atas tuduhan tayang adegan lucah

Sekadar Gambar Hiasan


KUALA LUMPUR 24 Jun - Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan menayangkan adegan lucah hubungan seks antara seorang lelaki dan perempuan di antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu, di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara,Kuala Lumpur.

Pada masa, tarikh dan tempat yang sama, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik didakwa bersubahat dengan Shazryl Eskay dan Shuib menayangkan benda lucah yang sama.
Bagaimanapun, pengakuan daripada kesemua tertuduh masih belum direkodkan kerana mereka memohon penangguhan seketika bagi berbincang dengan peguam masing-masing. 

Sumber:  Utusan Malaysia

Komen Phoenix:
1) Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua
2) Fitnah lebih merbahaya daripada membunuh

Thursday 23 June 2011

Abang Long Online: Isteri Memaksa Jadi Curang?

Abang Long Online: Isteri Memaksa Jadi Curang?: "Salam... Wahai para isteri, sayangkah anda kepada suami anda? Cukupkah belaian anda kepadanya? Wahai suami, pernahkah anda terfikir untuk ..."

Wednesday 22 June 2011

Yang remeh- temeh


Assalamualaikum ,

Dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah pagi ni terdengar pula sebuah lagu lama nyanyian Pak Pandir. Rasanya ramai yang dah pernah dengar lagu ni. Sambil seronok mendengar aku cuba untuk menghayati maksud lagu ni. Memang mendalam maksudnya. Cuba kita renungkan senikata di bawah.

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang

Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu

Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng

Oh puji lah aku
Ampu lah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku

Dalam hidup ni macam- macam perkara yang terjadi disekeliling kita. Dan kadang- kadang cuma remeh- temeh saja tetapi boleh beri kesan kepada diri kita. Sebagai contoh pernah tak kita hilang mood kerja bila pagi- pagi lagi sampai sahaja kat pejabat terdengar ada kawan pejabat yang tengah dok umpat kita.. Sampai satu hari kita takde mood sampai ganggu prestasi kerja kita.

Itu belum lagi bila kita terserempak dengan kawan yang mulut takde insuran yang bila cakap main lepas je tanpa jaga hati dan perasaan orang lain. Pernah satu hari ada kawan yang jenis macam ni bila jumpa kat satu majlis terus je komen baju yang kita pakai macam langsir kat rumah dia. Sabar je lah kan dengan orang yang mulut laser macam ni. Memang buat kita takde mood je.

Jadi, apa yang aku nak kongsikan kat sini sebenarnya ialah kita buat tak tahu je dengan manusia- manusia yang macam ni dan kita anggap je mereka ni remeh- temeh dalam kehidupan kita. Takde masa nak layan orang- orang yang remeh- temeh ni...

Sekian , wassalam...




- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday 15 June 2011

Blair baca Al-Quran setiap hari


LONDON 13 Jun - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang sebelum ini terkenal dengan pendirian tegasnya untuk tidak bercakap mengenai agama semalam mendedahkan bahawa beliau membaca al-Quran setiap hari.

Pemimpin Parti Buruh itu berkata, beliau membaca kitab suci yang dianggap sebagai 'perkataan' Allah oleh umat Islam itu bagi memastikan kefahamannya terhadap agama terus kukuh.

Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan semalam, Blair berkata, adalah penting untuk memastikan kefahaman pada agama terus kukuh dalam keadaan dunia global.

"Saya membaca al-Quran setiap hari. Sebahagiannya untuk memahami perkara yang berlaku di dunia, tetapi paling penting kitab ini sangat penuh dengan maklumat dan boleh menjadi sumber rujukan," katanya.

Blair berkata, pengetahuan agama yang dipelajarinya dapat membantu beliau menjalankan tugas sebagai utusan Asia Barat untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Rusia.

Blair sebelum ini pernah memuji Islam sebagai sebuah agama yang indah dan Nabi Muhammad SAW sebagai 'penggerak dunia bertamadun'.

Pada 2006, bekas Perdana Menteri Britain itu pernah melambangkan al-Quran sebagai sebuah kitab yang penuh dengan sumber maklumat dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan termasuk dalam soal perkahwinan, wanita dan pemerintahan.

Dalam wawancaranya itu, Blair turut menolak dakwaan yang mengatakan beliau melaksanakan 'Perang Salib' Kristian semasa mengetuai pencerobohan Britain di Iraq.

Bekas ejen kawasan pilihan rayanya, John Burton dua tahun lalu berkata, Blair 'percaya ketika itu bahawa campur tangan di Kosovo, Sierra Leone dan Iraq merupakan satu perjuangan Kristian, kebaikan harus mengatasi kejahatan bagi membuatkan kehidupan lebih baik'.

Bagaimanapun bekas Perdana Menteri itu berkata, 'orang ramai masih bertanya jika keputusan berperang di Iraq dan Afghanistan dibuat berdasarkan arahan Tuhan.

"Mengarut sama sekali. Sudah tentu bukan. Kalaulah saya boleh duduk di satu sudut untuk berdoa, saya akan bertanya kepada Tuhan apakah upah minimum yang boleh saya perolehi," katanya. - Agensi

Sumber: Utusan Malaysia

Ulasan Phoenix:

  1. Al-Quran adalah sumber rujukan yang agung sehingga orang kafir pun membacanya
  2. Umat Islam terutamanya diriku ini perlu malu dengan Blair yang setiap hari baca Al-Quran, kita bagaimana?



- Posted using BlogPress from my iPad

Monday 13 June 2011

Wajarkah samakan isteri dengan pelacur kelas pertama?

'Tidak berilmu samakan isteri dengan pelacur kelas pertama'





Kenyataan rendahkan martabat, pengorbanan golongan wanita

KOTA BAHARU: Layanan isteri yang baik terhadap suami tidak wajar disamakan sebagai layanan pelacur kelas pertama, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Beliau berkata, perbuatan menyamakan tugas seorang isteri melayani suaminya sebagai pelacur juga tidak berpandukan kepada peranan dan tanggungjawab sebenar isteri terhadap suami di sisi Islam.

“Jadi, sesiapa yang menyamakan tugas isteri melayan suami sebagai pelacur kelas pertama tidak wajar dan berilmu,” katanya semalam.

Mohamad Shukri mengulas kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed baru-baru ini, yang menyarankan golongan isteri patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’.

Kenyataan itu dikecam banyak pihak termasuk Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang yang menyifatkannya sebagai kenyataan ‘biadap dan celupar’.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata, layanan pelacur terhadap pelanggan adalah berdasarkan wang semata-mata, sedangkan tanggungjawab isteri dari kaca mata Islam amat luas.
“Perkahwinan suami isteri memenuhi kehendak biologi dan yang paling besar bersandarkan rohani dan psikologi. Jadi, adalah tidak kena menyamakan seorang isteri sebagai pelacur kelas pertama.

“Ini juga boleh menghina golongan wanita dan lelaki yang menjadi pasangan suami isteri yang sah di sisi agama Islam dan ia dilihat tidak berakhlak,” katanya.

Sebaiknya, kata beliau, suami yang gagal mendapat kepuasan daripada layanan isterinya, harus mendidik isteri mereka dengan cara baik mengikut Islam.

Katanya, pemimpin keluarga yang baik akan membentuk isteri yang taat kepadanya. – BERNAMA


Sumber: Berita Harian

Ulasan Phoenix:
1. Memang tak wajar samakan isteri dengan pelacur kelas pertama.
2. Mesej sebenar dari Dr Rohaya adalah untuk menyedarkan para isteri agar memberi layanan yang paling istimewa buat suami masing- masing dengan berpenampilan paling menarik, menggoda dan agresif.
3. Tidak adil untuk menghukum kata-kata yang digunakan oleh Dr Rohaya tanpa kita mendengar secara keseluruhan teks ucapan beliau.


- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday 11 June 2011

Lidah oh lidah!

TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR , TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA



Pasti semua orang tahu dengan peribahasa di atas ni. Hebat sebenarnya nenek moyang kita kerana mencipta peribahasa ni untuk menjadi iktibar buat anak-anak cucu generasi mereka di kemudian hari.

Setiap hari pasti kita akan berkata- kata tidak kiralah dengan siapapun. Seorang doktor akan berkata- kata kepada pesakitnya. Seorang anak akan berkata- kata kepada ibunya. Seorang murid pula akan berkata- kata kepada gurunya. Adakalanya kita juga boleh berkata- kata dengan diri sendiri.

Memang mudah melafazkan kata- kata kepada seseorang tapi sedarkah kita, adakalanya kata- kata itu boleh menjadi setajam pisau. Mampu menghiris hati seseorang sehingga akan meninggalkan parut yang sangat dalam. Walau berjuta kemaafan dipinta tetap tidak sama kerana parut tetap akan ada sampai bila-bila.

Sebelum kita berkata- kata marilah kita fikir dulu apa kesan kepada orang yang mendengar. Paling mudah macam inilah, sebelum kita melontarkan kata-kata tanya dalam hati soalan seperti ini "kalau ada orang lain berkata- kata seperti itu kepada aku apa agaknya yang aku rasa ya?"

Kalau kita tidak suka orang menyalahkan kita, kita jangan cepat tuding jari menyalahkan orang lain. Kalau kita tidak suka orang menghina pekerjaan kita, kita janganlah menghina pekerjaan orang lain. Kalau kita tidak suka orang kutuk keluarga kita janganlah kita mengutuk keluarga orang lain.

Fikirlah sebelum berkata- kata. Peliharalah lidah kita dari menyakiti sesiapa pun kerana lidah memang Allah jadikan tidak bertulang.

Sekadar Renungan:

Diriwayatkan dalam Shahîhain, al-Bukhaari (no. 6475) dan Muslim (no. 47), dari Abu Hurairah Radhiyallahu `anhu, dari Nabi Shallallahu `alaihi wa sallam, ia bersabda:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

"Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, hendaklah dia berkata yang baik atau diam".


- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday 9 June 2011

Nilai semangkuk bubur



Pada malam itu, Ayu bertengkar dengan ibunya.

Karena sangat marah, Ayu segera meninggalkan rumah tanpa membawa apapun.

Saat berjalan di suatu jalan, Ayu baru menyedari bahwa dia sama sekali tidak membawa wang.

Saat melalui sebuah jalan, dia melintasi sebuah kedai bubur dan dia mencium harumnya aroma masakan.

Ia ingin sekali memesan semangkuk bubur tetapi dia tidak mempunyai wang.

Pemilik kedai melihat Ayu berdiri cukup lama di depan kedainya, lalu berkata : “Adik, nak order bubur ke?”

”Ya, tetapi, saya tidak membawa duit” jawab Ayu dengan malu – malu.

“Tak apa, akak akan belanja adik” jawab si pemilik kedai.

“Silakan duduk, akak akan masakkan bubur untuk adik”.

Tidak lama kemudian, pemilik kedai itu menghantarkan semangkuk bubur.

Ayu segera makan beberapa suap, kemudian air matanya mulai berlinang.

“Ada apa adik ?” Tanya si pemilik kedai.

“Tidak apa – apa. Saya hanya terharu” jawab Ayu sambil mengeringkan air matanya.

“Bahkan, seorang yang baru saya kenal pun memberi saya semangkuk bubur !, tetapi…?

Ibu saya sendiri, setelah bertengkar dengan saya, mengusir saya dari rumah dan mengatakan kepada saya agar jangan balik lagi ke rumah”

“Akak seorang yang baru saya kenal tetapi begitu ambil berat dengan saya dibandingkan dengan ibu kandung saya sendiri” katanya kepada pemilik kedai.

Pemilik kedai itu, setelah mendengar perkataan Ayu menarik nafas panjang dan berkata : “Adik mengapa adik berpikir seperti itu ?

Renungkanlah hal ini, akak hanya memberi adik semangkuk bubur dan adik terus saja terharu.

Ibu adik telah memasak bubur dan nasi untuk adik saat adik masih kecil sampai saat ini, mengapa adik tidak berterima kasih kepadanya ? Dan adik malah bertengkar dengannya”

Ayu tersentak mendengar hal tersebut.

“Mengapa aku tidak berpikir tentang hal tersebut ?

Untuk semangkuk bubur dari orang yang baru kukenal, aku begitu
berterima kasih tetapi kepada ibuku yang memasak untukku selama bertahun – tahun, aku bahkan tidak menunjukkan rasa penghargaan aku kepadanya.

Dan hanya karena persoalan yang kecil aku bertengkar dengannya.

Ayu segera menghabiskan buburnya, lalu ia menguatkan dirinya untuk balik ke rumahnya.

Saat berjalan ke rumah, ia memikirkan kata – kata yang harus diucapkan kepada ibunya.

Begitu sampai di ambang pintu rumah, ia melihat ibunya dengan wajah letih dan cemas.

Ketika bertemu dengan Ayu kalimat pertama yang keluar dari mulut Ibu adalah “Ayu sudah balik, cepat masuklah, Ibu telah menyiapkan makan malam dan makanlah dahulu sebelum kamu tidur ya, makanan akan sejuk jika Ayu tidak memakannya sekarang”.

Pada saat itu Ayu tidak dapat menahan tangisnya dan ia menangis dihadapan ibunya.

Sekali waktu, kita mungkin akan sangat berterima kasih kepada orang lain disekitar kita untuk suatu pertolongan kecil yang diberikan kepada kita.

Tetapi kepada orang yang sangat dekat dengan kita (keluarga) khususnya orang tua kita, kita harus ingat bahwa kita berterima kasih kepada mereka seumur hidup Kita.

Wednesday 8 June 2011

Belajar Dari Obama


Assaamualaikum..

Semua orang kenal dengan Obama iaitu Presiden Amerika Syarikat yang pertama berkulit hitam. Kenapa saya menjadikan beliau contoh. Ini adalah kerana beliau berani untuk berimpian untuk  menjadi Presiden Amerika Syarikat walaupun beliau tahu yang sebelum ini tidak pernah ada lagi presiden yang berkulit hitam. Kalau difikir secara logik dengan jumlah penduduk Amerika Syarikat yang majoritinya berkulit putih , memanglah peluang untuk Obama memenangi pertandingan presiden sangat tipis. Tetapi keputusan akhirnya memihak kepada beliau sehingga  terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44.

Pasti kita semua ada yang diimpikan dalam hidup ini namun adakalanya impian kita itu selalu terhalang akibat rasa takut berlebihan yang adakalanya kita sendiri yang ciptakannya. Jangan biarkan ketakutan sentiasa menghalang kita untuk mencapai apa yang kita selalu impikan itu. Sentiasa yakin dengan apa yang kita perjuangkan kerana keyakinan itulah yang akan terus menolak kita mara kehadapan untuk mencapai apa yang kita impikan.

BERANI BERIMPIAN!

Wassalam...

Monday 6 June 2011

SAYA NAK BOLEH?








KENAPA BEN PATUT LETAK BLOG SAYA DALAM BLOG LISTNYA
1. Saya blogger yang baru
2. Saya akan konsisten update blog saya, InsyaAllah.
3. Blog saya dibuat bertujuan utk kebaikan dan Ben boleh bersama bantu saya promosikan perkara yg baik...


Posted using BlogPress from my iPad

Istiqamah


Ibarat air sungai yang mengalir, sudah menjadi lumrah tatkala dalam perjuangan memburu apa yang kita impikan seringkali terjadi halangan dan cabaran. Walaupun sifat air itu lembut dan dingin mampu jua ia tiba ke muara destinasi  kerana sifatnya yang  tetap  terus menerus mengalir dan mengalir walaupun di halang batu-batan yang keras. Begitulah perjuangan dalam memburu impian, cabaran dan rintangan pasti akan ada namun hanya dengan usaha yang istiqamah (konsisten) pasti suatu hari nanti kejayaan itu akan kita kecapi jua InsyaAllah.

Sunday 5 June 2011

Jangan Mengalah Dengan Masalah


Terkadang kita sebagai manusia tempatnya salah dan lupa yang berpikir mengapa hidup ini begitu rumit, selalu saja ada masalah yang datang kepada kita dan kita tidak tahu bagaimana mengakhirinya. Membuat kepala kita pening, menyerah, putus asa, bahkan depresi.

Ketika kita dihadapi oleh suatu masalah besar kita selalu berkata “mengapa masalah ini harus menimpa saya ?” tetapi ketika senang apakah pernah kita berkata “mengapa kesenangan ini menimpa saya ? ”Itu yang menjadikan manusia menarik, kita selalu berharap kepada sesuatu yang kita tidak mampu dapatkan, tetapi kita tidak pernah melihat apa yang telah kita miliki dan dapatkan, tidak pernah bersyukur.


Senantiasa kita sebagai manusia tidak tahu harus bagaimana kita menghadapi suatu masalah, memandang hidup sebagai sesuatu yang rumit, kerana kita selalu takut dan selalu menganalisa bagaimana kita di hari esok, analisa tersebut yang menjadikan segala sesuatunya menjadi rumit. Bagaimana saya besok ? lusa ? dan seterusnya, kebiasaan tersebut yang menjadikan manusia tidak pernah merasa senang karena terlalu banyak menganalisa tanpa rasa berani untuk menghadapi.

Kita juga sering tidak mengetahui kemana kita akan melangkah untuk menyelesaikan masalah-masalah kita, kerana kita selalu mencari jalan dengan melihat keluar tetapi tidak pernah melihat kedalam, melihat keluar maka anda akan bermimpi, melihat kedalam maka anda akan terjaga. kita selalu memandang masalah menggunakan mata untuk mencari jalan keluar tetapi tidak pernah menggunakan hati untuk menyelesaikannya. Mata memberikan penglihatan, hati memberikan arah.

Lalu, jika anda bertanya “mengapa saya harus merasakan pahitnya masalah?” saya hanya boleh memberikan ilustrasi kepada anda. Intan tidak dapat diasah tanpa gesekan dan emas tidak dapat dimurnikan tanpa api.
Dengan pengalaman pahit itulah hidup akan lebih baik, bukan sebaliknya, pengalaman adalah guru yang keras, seorang guru berpengalaman yang memberikan ujian terlebih dahulu kemudian pemahamannya.

Kita harus bersyukur sebagai manusia yang dihadapkan dengan berbagai masalah, masalah adalah rintangan yang ditujukan untuk meningkatkan kekuatan mental, kekuatan dari dalam kita yang akan keluar dengan perjuangan dan rintangan, bukan dari berleka-leka.



Banyak kawan saya yang dihadapkan dengan masalah kecil tetapi ingin terlihat orang sebagai masalah yang besar, contohnya kawan saya yang belum makan tengah hari ketika harus kuliah, dia menuliskan di status facebooknya “laparnye perutku ni.. tadi pagi belum sarapan, sekarang …” saya hairan mengapa masalah itu harus dipublikasikan, seorang nabi ketika di rumahnya tidak ada makanan dia berkata kepada istrinya untuk tidak memberitahukan kepada tetangga-tetangganya bahawa di rumah sedang tidak ada makanan, sementara sekarang banyak orang membuka aibnya sendiri di status jejaring sosial yang mereka ikuti, semoga anda bukan orang yang seperti itu.

Kita selayaknya bersyukur ketika kita dihadapkan oleh suatu masalah Tuhan sedang dekat dengan kita, ketika kita senang kita senantiasa lupa denganNya. Kita selalu berkesimpulan bahwa tuhan tidak menjawab doa kita, sebenarnya doa kita telah dijawab tetapi seringkali jawabannya adalah TIDAK.
Oleh karena itu selalulah kita untuk melihat sudah berapa jauh kita berjalan, daripada memikirkan berapa jauh lagi kita harus berjalan dan selalu hitung apa yang kita dapatkan jangan menghitung apa yang kita tidak dapatkan.

Hidup akan indah jika mengetahui cara untuk hidup.

Renungi masa lalu tanpa penyesalan, jalani hari ini dengan keyakinan, dan persiapkan masa depan tanpa rasa takut.

Mohon maaf jika ada yang tersinggung dan terimakasih !

Tulisan ini didedikasikan untuk saudara-saudara saya yang tidak pernah mengalah :)

Kredit kepada: Ibrahim Rizki

Saturday 4 June 2011

Jangan Terlalu Banyak Fikir

Di bawah ini adalah satu perkongsian idea dan motivasi oleh Wan Muhd Ali dari website beliau untuk sama-sama kita hayati....

Bismillahirrahmanirrahim,

Memang pun! Berfikir itu perlu, perancangan itu wajib tetapi bertindak itulah sebenarnya langkah pertama untuk berjaya. Ramai diantara kita takut macam siput sedut apabila ingin bertindak. Padahal apa pun tak berlaku lagi. Kenapa agaknya kita takut?
Jawapannya kerana terlalu banyak berfikir. Kita mahukan sesuatu itu sempurna. Kita tidak mahu lakukan sebarang kesilapan, kita tidak mahu gagal, kita tidak mahu kalah dan tidak mahu perancangan yang dihasilkan sia-sia. Namun kerana terlalu banyak persoalan dikaji, terlalu banyak perancangan, macam-macam penakulan dibuat, akhirnya satu apa pun kita tak buat.

Renungkan balik…tidak mungkin kita terlepas dari kesilapan. Bagaimanapun, adalah 100 kali lebih baik melakukan kesilapan daripada tidak berbuat apa-apa. 100 kesilapan mungkin boleh memberikan kita 1001 pengajaran.
Sebagaimana yang berlaku kepada Thomas Edison , selepas gagal 1000 kali, akhirnya berjaya juga beliau mencipta mentol lampu yang berfungsi dengan baik. Ketekunan beliau kini menjadi pedoman seluruh dunia.

Saya tahu, anda yang sedang membaca tentu ada rancangan untuk melakukan sesuatu demi mengubah hidup. Agak-agaknya la, dah berapa tahun anda merancang? Dah berjaya ker? Kalau dah, Alhamdulillah…tapi kalau tak berjaya, aduhlah…
Kadang2 rancangan tu tak jadi bukan sebab tak bagus, tapi sebab tak bertindak! Satu apa pun tak buat. Aduh..jangan begini, buatlah sesuatu! Saya dah buat 5-10 rancangan besar yang saya rancang, tapi hampir kesemuanya menemui jalan kekecewaan. Saya buat 10 perkara, tapi saya gagal hampir 20 perkara. Sebabnya kegagalan itu kadang2 berjangkit..siapa yang pernah gagal akan tahu perkara ini!




Bagaimanapun, Alhamdulillah…saya masih hidup sampai sekarang. Masih boleh baiki kesilapan, boleh belajar dan masih boleh bangkit kembali! Siapa tahu akan datang saya boleh berjaya macam Syed Mokhtar AlBukhary (haha..). Saya masih ada peluang sebab saya sedang lakukan sesuatu.
Berbeza pula dengan orang yang asyik berfikir tapi tak buat apa2. Kalau anda masih banyak berfikir panjang dan tetap tidak mahu lakukan apa2, adalah lebih baik idea atau rancangan anda itu dikuburkan begitu saja. Saya terpaksa bertegas dalam hal ini kerana:

‘Ramai orang bercakap banyak, tetapi satu apa pun dia tak buat!’
Wallahualam.....

sumber: http://wanWMA.com

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday 1 June 2011

Greatness


Greatness comes not when things always go good for you..

Greatness comes when you are realy tested, when you take some knocks, some dissapointments, when sadness come..

Only when you have been in the deepest valley can you know how magnificent it is to be on the highest mountain...