Pages

Sunday 26 June 2011

Ada apa sibuk-sibuk sangat pasal BERSIH 2.0 ni?

Assalamualaikum semua,

Para pembaca blog AP sekelian, apa kabar  semua? Harap kalian  dalam keadaan sihat-walafiat dan sentiasa ceria selalu. Aku juga Alhamdulillah masih diberikan nikmat kesihatan sampai saat ini. Cuma sikit-sikit ada sakit tekak tu biasalah. Banyak sangat makan durian kot...

Pasti korang perasan kan seminggu kebelakangan ni kecoh tentang perhimpunan BERSIH 2.0 yang rencananya nak diadakan pada 9 Julai ni. Terus terang mula-mula aku malas juga nak ambil tahu mendalam sangat pasal BERSIH ni tapi kalau dah setiap hari terpampang di dada akhbar dan warta berita perasaan nak tahu tu mulalah muncul.



Aku buka beberapa website termasuklah website BERSIH ni sendiri untuk dapat tahu lebih lanjut tentang perhimpunan ni dan maklumat yang kuperolehi ialah: 

1. Tuntutan-tuntutan Perhimpunan BERSIH 2.0 sebenarnya untuk mempromosikan demokrasi yang telus dan dinamik. Semua warganegara Malaysia termasuk ahli politik yang  berpendirian bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menikmati demokrasi yang telus dan dinamik sepatutnya menyokong dan bukan mengecam tuntutan-tuntutan tersebut.

2. BERSIH 2.0 merupakan gabungan 63 NGO yang mempunyai kepentingan dalam mempromosikan demokrasi dan pilihanraya yang bebas serta adil di Malaysia. Pada asalnya, keahlian gabungan BERSIH yang menganjurkan perhimpunan pada tahun 2007 terdiri daripada pihak-pihak NGO dan parti-parti politik. Namun kini, BERSIH 2.0 yang dilancarkan pada 10 November 2010 hanya terdiri daripada ahli-ahli dari golongan masyarakat madani. BERSIH 2.0 merupakan satu gerakan rakyat untuk pilihanraya yang bersih dan adil. Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada 14 individu yang mewakili pelbagai badan NGO di Malaysia.

3. Ada 8 tuntutan BERSIH 2.0 ni iaitu:
  •  pihak SPR membersihkan senarai undi, 
  • mereformasi undi pos, 
  • menggunakan dakwat kekal, 
  • akses media yang bebas dan adil,
  •  tempuh kempen minima 21 hari, 
  • memperkukuh institusi awam, 
  • menghentikan rasuah  
  • menghentikan politik kotor.
Serba sedikit aku dah makin faham tentang perhimpunan ini yang sebenarnya menuntut agar Suruhanjaya Pilihanraya dapat memastikan pilihanraya yang akan datang adalah pilihanraya yang adil dan telus. 

Pendapat aku, perhimpunan ini memang  bagus kerana ianya melambangkan rakyat dalam negara kita sudah semakin matang dalam berpolitik. Cuma aku harapkan tidak terjadi sebarang hal yang tak diingini seperti huru-hara dan vandalisme sepanjang perhimpunan ini nanti. 

Apa pendapat korang pulak tentang perhimpunan ni??

5 comments:

  1. moga takda hura hara berlaku kan?kalau secara amat tanpa pertumpahan darah kira okey kot?

    ReplyDelete
  2. Thanks LM sudi gak singgah kat sini komen.. SEtuju sangat dgn LM.. MOga berjalan dengan aman..

    ReplyDelete
  3. wow! nak wat gak lah entri pasal bersih ni nanti! kalau secara aman, ok saje... :)

    ReplyDelete
  4. Thanks Sunah singgah sini , tak sabar nak baca entri awak pasal bersih pulak :)

    ReplyDelete
  5. saya sokong, harap-harap secara aman.....barulah aman :)

    ReplyDelete