Pages

Wednesday 8 June 2011

Belajar Dari Obama


Assaamualaikum..

Semua orang kenal dengan Obama iaitu Presiden Amerika Syarikat yang pertama berkulit hitam. Kenapa saya menjadikan beliau contoh. Ini adalah kerana beliau berani untuk berimpian untuk  menjadi Presiden Amerika Syarikat walaupun beliau tahu yang sebelum ini tidak pernah ada lagi presiden yang berkulit hitam. Kalau difikir secara logik dengan jumlah penduduk Amerika Syarikat yang majoritinya berkulit putih , memanglah peluang untuk Obama memenangi pertandingan presiden sangat tipis. Tetapi keputusan akhirnya memihak kepada beliau sehingga  terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44.

Pasti kita semua ada yang diimpikan dalam hidup ini namun adakalanya impian kita itu selalu terhalang akibat rasa takut berlebihan yang adakalanya kita sendiri yang ciptakannya. Jangan biarkan ketakutan sentiasa menghalang kita untuk mencapai apa yang kita selalu impikan itu. Sentiasa yakin dengan apa yang kita perjuangkan kerana keyakinan itulah yang akan terus menolak kita mara kehadapan untuk mencapai apa yang kita impikan.

BERANI BERIMPIAN!

Wassalam...

2 comments:

  1. Salam...semua org berani berimpian tetapi tidak semua orang ada determination.

    http://abanglongonline.blogspot.com/2011/06/bangga-tiada-dara.html

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn abg Long, next step lepas berani berimpian ialah determination..

    ReplyDelete