Pages

Tuesday 5 July 2011

BERSIH 2.0 : Kenapa kerajaan takut?

Assalamualaikum buat pembaca blog AP semua,

Apa kabar? Aku harapkan semua dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Rasanya dah lama sangat aku tak update blog ni. Mungkin ilham tak muncul- muncul kot dan aku rasa beberapa hari ni macam malas juga nak update blog ni.

Hari ni kerajinan aku datang balik. Jadi aku nak sembang lagi pasal BERSIH ni sebab memang isu paling hangat peringkat kebangsaan setakat ni. Dalam seminggu ni kalau kita semua perasan memang kerajaan ambil langkah yang serius untuk menghalang agar perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ni tak menjadi realiti. Aku buat beberapa kesimpulan kenapa kerajaan tidak mahu perhimpunan BERSIH 2.0 ini dijalankan. Ada 3 sebab mengikut pendapat aku iaitu:

1. Takut terjadi huru hara macam di timur tengah kerana sukar untuk mengawal keadaan sekiranya demonstrasi bertukar agresif.

2. Pelabur asing takut untuk melabur di Malaysia kerana bila demonstrasi bertukar ganas akan terlihat Malaysia seolah- olah tidak lagi dalam keadaan aman. Ini seterusnya akan menjejaskan projek- projek mega kerajaan yang seterusnya akan menggoyah keadaan ekonomi Malaysia.

3. Gangguan pada perkembangan ekonomi akan menyebabkan kenaikan harga barang yang seterusnya membuatkan rakyat tidak menyokong kerajaan pada pilihanraya akan datang.

Apa pendapat kawan-kawan blogger pula tentang isu ini?





- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday 26 June 2011

Ada apa sibuk-sibuk sangat pasal BERSIH 2.0 ni?

Assalamualaikum semua,

Para pembaca blog AP sekelian, apa kabar  semua? Harap kalian  dalam keadaan sihat-walafiat dan sentiasa ceria selalu. Aku juga Alhamdulillah masih diberikan nikmat kesihatan sampai saat ini. Cuma sikit-sikit ada sakit tekak tu biasalah. Banyak sangat makan durian kot...

Pasti korang perasan kan seminggu kebelakangan ni kecoh tentang perhimpunan BERSIH 2.0 yang rencananya nak diadakan pada 9 Julai ni. Terus terang mula-mula aku malas juga nak ambil tahu mendalam sangat pasal BERSIH ni tapi kalau dah setiap hari terpampang di dada akhbar dan warta berita perasaan nak tahu tu mulalah muncul.



Aku buka beberapa website termasuklah website BERSIH ni sendiri untuk dapat tahu lebih lanjut tentang perhimpunan ni dan maklumat yang kuperolehi ialah: 

1. Tuntutan-tuntutan Perhimpunan BERSIH 2.0 sebenarnya untuk mempromosikan demokrasi yang telus dan dinamik. Semua warganegara Malaysia termasuk ahli politik yang  berpendirian bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menikmati demokrasi yang telus dan dinamik sepatutnya menyokong dan bukan mengecam tuntutan-tuntutan tersebut.

2. BERSIH 2.0 merupakan gabungan 63 NGO yang mempunyai kepentingan dalam mempromosikan demokrasi dan pilihanraya yang bebas serta adil di Malaysia. Pada asalnya, keahlian gabungan BERSIH yang menganjurkan perhimpunan pada tahun 2007 terdiri daripada pihak-pihak NGO dan parti-parti politik. Namun kini, BERSIH 2.0 yang dilancarkan pada 10 November 2010 hanya terdiri daripada ahli-ahli dari golongan masyarakat madani. BERSIH 2.0 merupakan satu gerakan rakyat untuk pilihanraya yang bersih dan adil. Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada 14 individu yang mewakili pelbagai badan NGO di Malaysia.

3. Ada 8 tuntutan BERSIH 2.0 ni iaitu:
  •  pihak SPR membersihkan senarai undi, 
  • mereformasi undi pos, 
  • menggunakan dakwat kekal, 
  • akses media yang bebas dan adil,
  •  tempuh kempen minima 21 hari, 
  • memperkukuh institusi awam, 
  • menghentikan rasuah  
  • menghentikan politik kotor.
Serba sedikit aku dah makin faham tentang perhimpunan ini yang sebenarnya menuntut agar Suruhanjaya Pilihanraya dapat memastikan pilihanraya yang akan datang adalah pilihanraya yang adil dan telus. 

Pendapat aku, perhimpunan ini memang  bagus kerana ianya melambangkan rakyat dalam negara kita sudah semakin matang dalam berpolitik. Cuma aku harapkan tidak terjadi sebarang hal yang tak diingini seperti huru-hara dan vandalisme sepanjang perhimpunan ini nanti. 

Apa pendapat korang pulak tentang perhimpunan ni??

Friday 24 June 2011

Trio Datuk T didakwa atas tuduhan tayang adegan lucah

Sekadar Gambar Hiasan


KUALA LUMPUR 24 Jun - Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan menayangkan adegan lucah hubungan seks antara seorang lelaki dan perempuan di antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu, di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara,Kuala Lumpur.

Pada masa, tarikh dan tempat yang sama, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik didakwa bersubahat dengan Shazryl Eskay dan Shuib menayangkan benda lucah yang sama.
Bagaimanapun, pengakuan daripada kesemua tertuduh masih belum direkodkan kerana mereka memohon penangguhan seketika bagi berbincang dengan peguam masing-masing. 

Sumber:  Utusan Malaysia

Komen Phoenix:
1) Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua
2) Fitnah lebih merbahaya daripada membunuh

Thursday 23 June 2011

Abang Long Online: Isteri Memaksa Jadi Curang?

Abang Long Online: Isteri Memaksa Jadi Curang?: "Salam... Wahai para isteri, sayangkah anda kepada suami anda? Cukupkah belaian anda kepadanya? Wahai suami, pernahkah anda terfikir untuk ..."